Monday 28 February 2011

TAJUK:
Peranan Dan Fungsi Surau Sentua, Utan Aji, Perlis

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU

DISEDIAKAN OLEH:
Ahmad Badri bin Baddrun
No. matrik: 2010263142
Kumpulan: ASD2Dn

PROGRAM:
Diploma Sains

TARIKH HANTAR:
28 Februari 2011






ISI KANDUNGAN

1. TAJUK

2. ISI KANDUNGAN

3. PERANAN DAN FUNGSI SURAU SENTUA

4. PENDAHULUAN

5. KONSEP SURAU SEBAGAI PUSAT SETEMPAT

6. PENUTUP

7. RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI




TAJUK
Peranan Dan Fungsi Surau Sentua, Utan Aji, Perlis

ABSTRAK

Sejarah Surau Sentua, Sentua, Utan Aji, Perlis.




Gambar 1: Surau Sentua, Kampung Sentua, Utan Aji
Surau Sentua terletak di Kampung Sentua, Utan Aji di bahagian selatan Negeri Perlis Indera Kayangan. Surau ini teletak dl dalam Kampung Sentua dengan jarak kira-kira 1 kilometer dari jalan raya utama yang menghubungkan Kangar dengan Kuala Perlis. Surau ini dibina pada tahun 1984, ia dibina dengan kos RM 300,000 ringgit yang disumbangkan oleh penduduk Kampung Sentua sebelum pembinaan Masjid Sentua lima tahun kemudian bagi menampung aktiviti ibadah berkaitan kerohanian atau bukan kerohanian di surau ini. Selepas pembinaan Masjid Sentua, surau ini semakin kurang dikunjungi oleh penduduk Kampung Sentua. Surau ini dibina di atas lot tanah milik penduduk Kampung Sentua. Surau ini mampu menampung jemaah seramai lebih 100 orang di tingkat bawah dan atas surau ini.  Surau ini terdiri daripada bangunan surau, setor, tapak meletak kereta dan bilik tambahan.

                              

Gambar 2: Tempat meletakkan kenderaan berbumbung dan setor.

Seterusnya, surau ini telah banyak membantu penduduk Kampung Sentua melaksanakan aktiviti seperti jenazah, ceramah agama, kenduri kahwin, kenduri berkhatan dan laln-lain lagi dengan menyediakan peralatan dan  tempat dalam memastikan setiap aktiviti berjalan lancar. Menurut Ustaz Samad yang bertugas sebagai pengerusi surau berkata bahawa surau ini begitu penting kerana ia bagaikan nadi kepada perkembangan penduduk Kampung Sentua. Menurutnya lagi, surau ini banyak mengadakan ceramah agama pada malam Isnin dan Jumaat dan jika berlaku kematian alatan untuk memandikan jenazah di surau ini digunakan kerana hanya di surau ini sahaja yang ada peralatan ini dan solat jenazah di surau ini pasti penuh di bahagian bawah kerana penduduk saling bantu-membantu dalam memastikan jenazah di urus dengan baik. Jika berlaku majlis kahwin di Kampung Sentua surau ini akan menyediakan khemah bagi kenduri kahwin dan sebagai tempat akad nikah pengantin baru. Kenduri kahwin di sini biasanya diadakan secara bergotong-royong demi mengikat tali persaudaraan antara penduduk kampung.

Selain itu, jika berlaku majlis berkhatan atau ia di kenali sebagai bersunat di kalangan penduduk kampung ia akan diadakan secara beramai-ramai dan surau ini pasti penuh dengan penduduk bagi meraikan kanak-kanak lelaki yang berkhatan di kampung ini. Majlis berkhatan ini diadakan dengan begitu meriah sekali sehingga kanak-kanak lelaki ini akan di usung keliling kampung bagi meraikan kejayaan mereka melaksanakan hukum Islam dengan penuh bangga. Majlis berkhatan ini akan turut di hadiri Ahli Dewan Undangan Negeri bagi memberi semangat kepada kanak-kanak lelaki yang bakal bergelar orang dewasa selepas berkhatan. Majlis berkhatan ini biasanya akan dilakukan oleh tok mudim atau dilakukan di klinik swasta. Tetapi kini di kampung ini penduduk jarang sekali mengadakan berkhatan secara tradisional tetapi lebih suka menggunakan kaedah moden tetapi majlis meraikan kanak-kanak lelaki ini masih lagi diadakan di surau dan ia umpama satu tradisi di Kampung Sentua ini.


                              
                           Gambar 3: Bahagian pintu masuk ke dalam surau.

Surau ini telah banyak member I ilmu kepada orang Islam setempat dalam memastikan ilmu agama mengalirkan di kalangan masyarakat setempat. Ceramah agama yang selalu di adakan menurut Pengerusi Surau Sentua ini akan mendapat tempat di hati penduduk setempat yang mahukan pengisian rohani agar tidak kosong tanpa isi. Ini kerana penduduk kampung ini mempunyai latar belakang agama yang kukuh di mana pada zaman dahulu terdapat seorang ulama yang telah membantu pembentukan akidah penduduk kampung ini. Ulama ini walaubagaimanapun tidak bernama di kalangan penduduk kerana orang hanya memanggilnya sebagai Tuan Syeikh sahaja. Kini, ulama itu telah merantau ke tempat lain untuk mencari tempat tinggal yang baru selepas ia banyak menghabiskan tugas berdakwah di kampung ini.

 Surau ini kini akan di bangunkan lagi seiring dengan pertambahan penduduk kampung menurut pengerusi surau ini dengan kos sebanyak RM 400,000 ringgit hasil daripada sumbangan penduduk dan orang lain. Surau ini menurutnya akan ditambah dari segi peralatan seperti peralatan memandikan jenazah, peralatan memasak dan sejadah baru. Menurutnya jika ada lebihan duit sumbangan, duit itu akan didermakan kepada anak-anak yatim Kampung Sentua seramai 20 orang yang memerlukan sumbangan untuk meneruskan hidup.








 PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t,

Aku memujiMu ya Allah, dengan pujian yang layak dengan ketuhananMu dan aku bersyukur kepadaMu. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.W.T dan sejahtera buat ahli keluarganya. Saya bersyukur kepadaNya kerana dapat menyiapkan .

Esei ini ditulis untuk memenuhi peratus markah dalam purata nilai gred kumulatif bagi subjek CTU 151: Pemikiran dan Tamadun Islam dan memberi peluang kepada pelajar UiTM Perlis untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat. Ini membantu pelajar UiTM mempertingkatkan softkill dalam menempuhi cabaran masa kini yang penuh dengan pancaroba. Melalui ini juga para pelajar tidak lagi berasa segan atau mula semasa menemu bual penduduk terutama warga tua.


                                          Gambar 3: Kawasan lapang Surau Sentua.

Saya akan menulis mengenai Peranan Dan Fungsi Surau Sentua di Kampung Sentua, Negeri Perlis. Surau ini memberi kesan kepada penduduk setempat terutama penduduk Kampung Sentua. Saya ingin menulis mengenai Surau Sentua kerana  sumbangan yang diberikan oleh surau ini cukup banyak dalam dan telah berjaya melahirkan penduduk yang bertakwa dan cemerlang. Surau telah banyak menjayakan aktiviti penduduk samada dalam aktiviti kerohanian atau bukan kerohanian. Saya juga akan membentangkan konsep surau sebagai pusat pentadbiran, pusat dakwah dan pusat ibadah pada zaman Rasullulah S.A.W dan zaman selepas kewafatan Rasullulah S.A.W yang membawa kepada kecemerlangan ummah dalam pelbagai bidang samada agama atau sains dan teknologi.

Saya berharap dengan penulisan ini saya dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada penduduk Kampung Sentua. Dengan penulisan ini juga masyarakat luar dapat mengenali Surau Sentua khasnya dan Kampung Sentua amnya kerana kampung ini tidak begitu dikenali di kalangan masyarakat luar. Dengan ini ia membantu masyarakat luar mengenali Kampung Sentua dengan lebih mendalam lagi. Dengan penulisan ini penduduk Kampung Sentua dapat menjadi umat Islam yang berjaya di dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, penulisan ini dapat memberi sinar kepada perkembangan Kampung Sentua khasnya Surau Sentua dan masyarakat dapat menghargai surau bukan hanya sebagai tempat beribadat sahaja tetapi lebih dari itu sepertimana yang berlaku pada zaman Rasullulah dimana surau atau masjid menjadi pusat pengajian, pusat perbincangan dan juga sebagai pusat dakwah.



KONSEP SURAU SEBAGAI PUSAT SETEMPAT

                Di zaman Rasullulah S.A.W, surau atau masjid  telah menjadi pusat pentadbiran, pusat dakwah dan pusat Islam. Rasullulah S.A.W telah menggunakan surau ini secara maksimum bagi meningkatkan perkembangan intelek, rohani dan spiritual umat Islam selepas baginda bersusah payah berdakwah di Mekah samada secara sulit atau terbuka.

                Pada zaman itu, Rasullulah telah menjadi surau ini sebagai tempat pentadbiran kepada orang Islam dalam hal berkaitan dengan masalah rakyat. Orang Islam begitu mengambil berat akan hal pentadbiran sehingga menjadikan surau sebagai tempat untuk bermesyuarat atau berbincang sesame sendiri. Di sini dapat ditunjukan bahawa surau telah memainkan peranan penting dalam pembangunan umat Islam.

                Umat Islam pada zaman itu juga telah menjadikan surau sebagai pusat dakwah dalam meningkatkan keimanan umat Islam secara lebih sistematik. Dakwah yang sistematik telah membawa kepada kemajuan umat Islam ketika itu bahkan selepas kewafatan Rasullulah S.A.W iaitu pada zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Uthamaniyah di Turki. Pada zaman itu, surau telah membawa umat Islam menjadi umat yang berjaya dalam ilmu sains dan teknologi dan juga ilmu agama. Ia membawa kepada kemunculan nama-nama seperti Ibnu Sina (Perubatan), al-Khawarizmi (Matematik), al-Razi (Perubatan) dan Ibnu Haitham (Fizik). Sains dan teknologi membuktikan kebesaran Allah S.W.T pada alam ciptaanNya ini. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, surau atau masjid menjadi pusat dakwah yang membawa kepada pengislaman orang Melayu dari agama Hindu ke Islam di mana mereka tertarik dengan Islam kerana apa yang ditunjukkan Islam itu manusia berasa senang sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah.

                Sesungguhnya Allah telah mengangkat orang-orang yang berilmu sepertiman yang berlaku di surau-surau dengan berlakunya penyebaran ilmu. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Mujaadilah:

“Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujaadilah: 11)
               
Ini telah menunjukkan bahawa penyebaran ilmu telah berlaku di kalangan umat Islam di surau-surau ini sehingga Allah S.W.T telah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Maka sama-sama lah menggunakan surau untuk menuju ke syurgaNya untuk meningkat penyebaran ilmu.

                Sebagai pusat Islam pula, ia akan memenuhi ruang mengerjakan solat yang wajib dilaksanakan sepertimana di dalam Rukun Islam. Berdasarkan Rukun Islam, solat perlulah dilaksanakan kerana ia turut menyokong satu daripada lima tiang dalam Rukun Islam. Baginda telah menjadikan  surau untuk mengumpul para pengikut dalam mengerjakan sesuatu ibadah dan baginda suka kepada sembahyang berjemaah kerana ia menunjukkan bahawa kesatuan di kalangan umat Islam.   

                Bagi penduduk Islam Malaysia pula, surau telah menjadi suatu mercu tanda kesatuan di kalangan umat Islam di sini kerana ia telah berjaya menyatukan umat Islam terutama jika mengadakan majlis beramai-ramai, ini cukup di sukai kerana ia begitu di anjurkan di  dalam Islam sepertimana di dalam surah al-Nisa; 36 dan hadis baginda yang riwayatkan oleh al-Tabarani.

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri”
(Surah al-Nisa; 36)

“Empat puluh buah rumah (di sekitar kamu) adalah jiran tetangga dan tidak akan masuk syurga orang yang tetangganya takut akan kecelakaannya”
(Riwayat al-Tabarani)
               
                Bagi penduduk Islam Malaysia aktiviti seperti mengacau bubur Syura sudah menjadi sebahagian daripada tradisi penduduk Islam, aktiviti ini membawa kepada hubungan persaudaraan sesame Islam agar lebih rapat. Selain itu, mereka turut menjalankan aktiviti korban dan sembelihan dengan semua penduduk saling bantu antara satu sama lain. Aktiviti lain seperti berzanji turut berlaku bagi memeriahkan surau agar sentiasa ia sentiasa hidup di mata umat Islam. Ini menambah keimanan umat ini seperti mana firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 101 di mana apabila kita bertambah ke surau untuk meningkatkan keimanan kita akan mendapat hidayah ke jalan yang lurus.

“Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk ke jalan yang betul”
(Surah Ali-Imran; 101)
               


                Seterusnya, apabila umat Islam tahu akan hakikatnya sebagai hambaNya maka mereka akan melaksanakan amar makruf nahi mungkar bagi menjaga umat ini daripada melakukan dosa. Contohnya, apabila Rasullulah S.A.W memerintah Madinah, baginda cukup mengambil apa yang dilakukan umat Islam pada masa itu sehingga umat Islam ketika itu cukup cemerlang sekali dari sudut akidah atau tauhidnya. Perkara berkaitan akidah boleh dipupuk di surau-surau mahupun masjid-masjid kerana disitu umat Islam akan sentiasa terdedah dengan peri penting menjaga akidah kita sebagai orang Islam.

                Dengan adanya surau ini ukhuwwah antara umat Islam dapat di bentuk sebagaimana Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Hujurat; 10 iaitu;

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah Al-Hujurat; 10)
Surah ini menceritakan peri penting menjaga persaudaraan di dalam Islam demi kesejahteraan umat Islam agar sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain tanpa rasa prejudis.










PENUTUP

                Hasil daripada kajian berkaitan dengan Surau Sentua saya mendapati surau bukan sahaja tempat beribadah malah lebih dari itu saya berharap kita umat Islam perlu menggunakan peluang sepertimana yang berlaku di surau ini untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. Dengan ini surau menjadi tonggak dalam hidup berkampung di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya. Perkara ini turut terjadi pada zaman kegemilangan Islam dan bidang berkaitan agama dan yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
               
Seterusnya, sepertimana yang berlaku di surau ini yang menjadi satu nadi kepada perkembangan ummah pada kini. Ummah perlulah diperelokkan hatinya dalam mendapat hidayah Allah S.W.T yang begitu berharga sekali. Dengan pembentukkan ummah, umat Islam mampu bangkit menjadi sebuah agama yang dihormati di dunia ini dan membantu meningkatkan kemajuan khasnya umat Islam dan umat manusia amnya.

                Kesimpulannya, surau bukan sahaja tempat ibadah bahkan boleh menjadi tempat pentadbiran sesuatu tempat. Maka kita perlulah menghargai tempat beribadah yang bernama surau ini. Tanpa surau kita bagaikan hidup tanpa kepala kepada sesuatu kumpulan maka pergunakanlah surau dengan sebaiknya dan jangan kita menyalah gunakan surau untuk kegiatan maksiat atau berkaitan dengan politik.








RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Ustaz Samad bin Din, Pengerusi Surau Sentua, Kampung Sentua, Utan Aji. Perlis.

Encik Said bin Zin, Penghulu Kampung sentua, Utan Aji, Perlis.

Besah binti Mat Isa, Nenek, Kampung Sentua.

http://www.yadim.com.my/Sains/SainsFull.asp?Id=50

CTU 101: Prinsip-Prinsip Asas Islam, 2010: UiTM Shah Alam.